Monday, June 21, 2010

Majlis Perkahwinan 2 orang adikku


Seawal cuti sekolah, adik-adikku Kholimaton, Ruminah dan Ismawi datang ke rumahku menumpang tidur. Esok, Sabtu 5 Jun mereka akan bertolak ke Johor bersama keluarga masing-masing untuk ikut mengiring adik sebapa kami dalam majlis akad nikahnya. Teringin juga aku nak pergi, tapi aku ada 3 majlis yang perlu ku ikuti pada hari sabtu dan Ahad tu. Lagipun anakku terlalu kecil untuk mengikuti perjalanan yang memenatkan seperti itu.

Jumaat 11 Jun pula adikku Ismail akan bernikah di Tanjung Karang. Hari Sabtu kenduri di rumah pengantin perempuan, manakala hari Ahad pula kenduri di rumah pusaka kami.

Minggu akhir, pada 19 jun 2010 pula, adik sebapaku mengadakan majlis kendurinya. Rumah mak keduaku ini hanya terletak di sebelah rumah kami. Hanya sepelaung sahaja jaraknya.

Monday, May 17, 2010

Kemalangan Maut

Hari Ahad lepas 16 Mei 2010, entah mengapa suamiku beralih angin. Sudah 2 kali pergi memancing kat Pulau Indah. Tak pernah dalam sejarah, sepanjang perkahwinan kami, dia sebok nak memancing. Malam Isnin tu, dia nak pergi lagi bersama adik ipar dan 2 orang rakannya. Katanya, lewat malam karang baru balik kot. Elok lepas solat Isyak , dia pun keluar. Tinggallah aku bersama anak kami Rifaie.

Aku tidur, sedar-sedar dah pukul lima pagi. Suamiku baru pulang memancing. Adik Ipar suamiku ( birasku ) ada di luar bersama 2 orang anaknya. 2 orang anaknya dibawa untuk menemaniku katanya. Sebenarnya aku tak minta pun, lagipun aku dah biasa berdua di rumah waktu malam.

Sewaktu bersarapan, abang menceritakan pengalaman ngerinya malam tadi. Katanya, sewaktu kereta yang mereka naiki hampir sampai ke Pulau Indah, mereka semua melihat sebuah treler yang dipandu sangat laju. Elok treler itu berpapasan dengan mereka, tiba-tiba lori itu melanggar sebuah motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bekerja shif malam. Lelaki itu melambung dan dilanggar bahagian kepalanya. Sebahagian kepala lelaki itu hancur di lenyek tayar treler tersebut. Namun, pemandu treler bagaikan dikejar-kejar, tetap meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan apa yang dilakukannya.

Abang bersama 3 yang lain segera turun dari kereta mereka memberikan bantuan kecemasan. Malang sekali, lelaki yang dilanggar itu, langsung tidak bergerak-gerak. Mungkin sudah meninggal dunia. Abang segera menelefon 999 untuk meminta bantuan. Adik Ipar mengambil lampu suluh dan mengarah kenderaan yang lalu lalang untuk ketengah sedikit bagi memberi laluan bantuan kecemasan. seorang dari mereka membuka dompet lelaki berkenaan untuk mengenal identitinya. Mohd Zaki nama lelaki tersebut.

Tidak lama kemudian datang pihak peronda lebuh raya, disusuli oleh polis dan ambulan. Melihat semua yang perlu telah sampai, mereka memberi sedikit keterangan sebelum meneruskan perjalanan memancing di Pulau Indah.

Friday, March 12, 2010

Program Maulidur Rasul Peringkat Sekolah di SAMTSH


Perarakan Persatuan Kadet Polis Sekolah

Sekolah Agama Menengah Tinggi telah mengadakan Sambutan Hari Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari ini 12 Mac 2009.

Majlis dimulakan pada jam 8 pagi dengan persembahan perarakan daripada 11 buah persatuan unit berunifom. 11 buah unit berunifom tersebut ialah Kadet Polis, Taekwando, PBSM, Puteri Islam, Pandu Puteri, Kadet Laut, Kadet Bomba, Silat, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap.


Perarakan daripada Pasukan Unit Berunifom Puteri Islam
Unit Berunifom Pandu Puteri sedang bararak membawa sepanduk mereka.

Selesai berarak, semua pasukan beratur di dataran sekolah SAMTSH

Selesai acara perbarisan, pelajar berehat dan kemudian menyambung acara di dalam Dewan Al-Bukhari.
Majlis dalam dewan bermula pada jam 10 pagi.
Majlis dimulakan dengan persembahan daripada Kumpulan Nasyid sekolah Soutul Ghamidi. Mereka mempersembahkan 2 buah nasyid. Ia diikuti dengan persembahan Rawi dan Marhaban dan pentomen " Rentetan Hidup Nabi Muhammad S.A.W".

Diakhir majlis diumumkan bahawa pemenang pertandingan sepanduk terbaik jatuh kepada Pasukan Unit Beruniform Puterin Islam dan Pengakap.

Pertandingan perarakan terbaik pula jatuh kepada Puteri Islam dan Pengakap juga.

Beberapa Anugerah telah diberikan kepada pelajar dan guru.
Anugerah Sayyidina Abu Bakar diberikan kepada Ustaz Suhaimi bin Salleh
Anugerah Saydatina Khadijah dimenangi oleh Cikgu Afrah bt Dakhwan.
Anugerah Sayyidina Ali kepada Adik Mohd Muaz bin Abdul Aziz
Anugerah Saydatina Fatimah Azzahra pula diberikan kepada Tengku Sumayyah T. Shahrom


Sebahagian pelajar puteri melihat acara persembahandi dalam dewan Al-Bukhari SAMTSH

Majlis berakhir pada jam 11.45 pagi

Thursday, March 11, 2010

Keputusan STAM 2009 DIUMUMKAN HARI INI ( 11.03.10 )


Hari ini, keputusa STAM diumumkan. Sebagai guru yang mengajar salah satu subjek, iaitu Fikh Faraid, tentunya aku turut berdebar menanti keputusan ini. Jam 10 lebih barulah aku dapat melihat keputusan ini. Alhamdulillah, Ya Allah ! Syukran kerana memberi kejayaan yang sangat cemerlang bagi STAM kali ini. 2 rekod di catat sekaligus.

Satu rekod kerana lulus 100%. Satu lagi rekod untuk subjek Fikh. Tahun ini 31 orang mendapat Mumtaz, berbanding 15orang pada tahun lepas dan 5 orang pada tahun sebelumnya. Kepada semua pelajar yang Mumtaz Fikh, jangan lupa jumpa Ustazah di sekolah ye....

Sunday, March 7, 2010

Seminar Faraid

Ustaz Mohamed Fauzi bin Abdul Aziz dibantu oleh 2 orang pelajarnya yang merupakan bekas pelajar SAMT Sultan Hisamudin.
Sebahagian pelajar putera dan puteri yang mengikuti Seminar Faraid khusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Fauzi.

Satu Seminar yang dinamakan Seminar Faraid telah dijalankan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamudin pada 7 Mac 2010 bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang di Bilik Seminar sekolah.

Program ini telah dihadiri oleh 85 orang pelajar daripada tingkatan 6 STAM 1, 6 STAM 2 dan 6 Atas STPM. Penceramah jemputan yang dipanggil ialah Ustaz Mohamed Fauzi bin Abdul Aziz seorang pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor. Beliau adalah penulis buku Faraid bertajuk " Pusaka Dalam Perspektif Islam " yang dikupas secara mendalam dalam program ini.

Ustaz Fauzi yang berpengalaman dalam masalah Faraid telah mengupas tajuk dengan begitu baik di samping memberi contoh dan juga latihan berkumpulan. Para pelajar semuanya berpuas hati dan merasa sangat berbaloi mengikuti Seminar ini walaupun mereka membayar kos sebanyak RM 25 seorang ( untuk bayaran sebuah buku Faraid dan ceramah selama sehari )

Friday, March 5, 2010

Program Amal Islami Peringkat Sekolah di SAMTSH

Program Amal Islami Peringkat Sekolah telah bermula seawal minggu ketiga persekolahan. Program yang dianjurkan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah ini. Sebanyak 16 jenis acara dipertandingkan iaitu ;

Khutbah, Tafsir, Seni Khat ( kaligrafi ), Hafazan, Syarahan Agama, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Inggeris, Tilawah, Nasyid, Tajhiz Jenazah, Rawi & Marhaban, Musamarah, Forum Bahasa Melayu, Debat bahasa Melayu, Debat Bahasa Inggeris dan Debat Bahasa Arab.

Terdapat 4 buah rumah sukan di sekolah ini iaitu Ibnu Khaldun ( hijau ), Ibnu Battutah ( kuning ), Ibnu Rush ( biru ) dan Ibnu Razi ( merah ). Semua penyertaan adalah melalui rumah sukan masing-masing. Ketua Rumah sukan Ibnu Khaldun ialah Puan siti Kholijah bt Hj Mohd Hashim, Ibnu battutah ialah Ustaz Mohd Hayye bin Ismail, Ibnu Rush ialah Puan Norhasliza bt Abdul Wahab dan Ibnu Razi diketuai oleh Ustaz Mohd Shukri bin Abdullah.

Pelajar mula berlatih dalam acara masing-masing sejak akhir Januari lalu. Acara kemuncak telah dijalankan pada hari Khamis 4 Mac 2010. Majlis pengumuman kemenangan dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Al-Bukhari SAMTSH pada jam 12.30 tengahari. Diakhir majlis, diumumkan bahawa Rumah Sukan Ibnu Khaldun telah mejuarai seluruh acara denagn mata sebanyak 104, tempat kedua ialah rumah Ibnu Rush dengan mata sebanyak 88, tempat ketiga Ibnu Battutah dengan mata sebanyak 84 dan tempat keempat jatuh kepada Ibnu Razi dengan mata sebanyak 71.