Tuesday, December 28, 2010

Program Gerakan Menulis Perdana

Sebahagian pemenang bergambar kenangan bersama YB Dr Siti Mariah bt Mahmud
Pemenang Kategori 4 Maisarah bt Hj Termizi yang mendapat hadiah wang tunai RM 300
Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam program ini.


Juri hakim kategori menulis esei sedang bersidang mengenai pemarkahan

Awal pagi lagi, aku sudah bangun. Kira-kira jam 7 pagi, aku menghantar anakku ke rumah pengasuh. Sejak cuti sekolah, inilah kali pertama aku menghantar anakku seawal jam 7 pagi. Selalunya jam 8 lebih baru aku hantar. Walaupun cuti, aku kerap menghantar Rifaie kepada pengasuh kerana aku perlu menyiapkan 90 pasang baju tadika Ummi Bestari di Johan Setia yang ditempah oleh kawan rapatku iaitu kak Rosnah Abdul Wahab. Saya mula mengambil tempahan baju darinya sejak tahun kedua penubuhan tadika tersebut. Sehingga kini rasanya dah 5 tahun aku menjahit baju-baju tadika tersebut.


Selepas menghantar Rifaie, aku mengambil Sarizah dan Ainur Rahmah. Kami perlu sampai ke Giant Putra Height jam 8 pagi kerana kami terlibat dalam program Gerakan Menulis Perdana anjuran kerajaan Negeri Selangor. Kami perlu membantu persiapan tempat kerana majlis akan bermula jam 9 pagi. Kami telah dijemput untuk menjadi juri esei kategori 2 (10 - 12 tahun ), kategori 3 ( 13 - 15 tahun ) dan kategori 4 ( 16 - 18 tahun ). Kategori 1 ( 7 - 9 tahun )pula diadili oleh Puan Hariani.

Ramai sungguh ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan tersebut. Lebih 100 orang peserta yang menyertai semua pertandingan termasuk mewarna.

Majlis penyampaian dan penutup telah disampaikan dan dirasmikan oleh YB Dr siti Mariah bt Mahmud. Majlis berakhir pada jam 1 tengah hari. Kami sempat membeli barang di Giant sebelum pulang ke rumah.

Monday, November 29, 2010

Khat Ayat Quran Dari Benang Emas


Khat ini di buat di Syria. Benang emas dijahit di atas kain baldu. Saya menjual kain sahaja tanpa frame untuk memudahkan pengeposan.

Khat di atas ni ada 3 saiz dan 3 harga.

Saiz terkecil 6 X 18. Harganya Rm 7 sehelai.
Ada 4 jenis ayat iaitu Assalamualaikum..., Bismillah...., Kalimah Shahadah dan La Ilaha Illallah.

Saiz 11 X 14. Harganya Rm 7 sehelai.
Ada 4 jenis iaitu Ayat Kursi, Ayat 1000 Dinar, Surah Fatihah dan Laqad Jaakum.

Saiz 9 X 12. Harganya Rm 12.50 sehelai. Hanya ada kalimah Allah dan Muhammad sahaja. Ia ada 2 warna iaitu emas sepenuhnya dan satu lagi coraknya hijau.



Yang ini saiznya 18 X 28. Harganya Rm 17.50 sehelai

Ia ada 5 jenis iaitu Ayat Kursi. Ayat 1000 Dinar, Laqad Jaakum, Surah Fatihah dan Asmaul Husna



Ayat-ayat ini bersaiz 18 X 33. Harganya Rm 35 sehelai
Ia ada 4 ayat iaitu Ayat Kursi, Ayat 1000 Dinar, 4 Qul dan 3 Ayat ( 1000 Dinar, Ayat Kursi dan Laqad Jaakum ).

2 yang di bawah sebalah kiri tu bersaiz 20 X 24. Harganya Rm 35 sehelai. Ia ada 2 jenis sahaja iaitu Ayat Kursi dan Ayat 1000 Dinar.

Kepada yang berminat boleh bank ini wang ke akaun BIMB 1201 0020 4356 89. Atas nama Zubaidah bt Mokhtar dan Siti Kholijah Mohd Hashim sebagai nama kedua. Selepas bank in sila sms nama, alamat dan barang yang dikehendaki.

Tuesday, October 19, 2010

Peperiksaan SMA dan STAM

Peperiksaan STAM berjalan mulai 18 Oktober hingga 27 Oktober 2010.
Hari Isnin 18 Oktober 2010 Hadith dan Mustolah kertas 2, Fikh Kertas 1 dan Fikh kertas 2.
Hari Selasa 19 Oktober 2010 Tauhid dan Mantiq kertas 2 dan kertas 1 serta Balaghah kertas 2.
Hari Rabu 20 Oktober 2010 Tafsir dan Ulum kertas 2 dan kertas 1 serta Adab dan Nusus kertas 2.
Hari Selasa 26 Oktober 2010 Nahu Sorof kertas 2 dan kertas 1 serta Insya' Mutolaah kertas 2.
Hari Rabu 27 Oktober 2010 Arudg Qafiah kertas 2 dan 1 serta Hifzu Qur'an dan Tajuid.

Manakala peperiksaan SMA berjalan pada 18 hingga 21 Oktober 2010.
Hari Isnin 18 Oktober 2010 subjek Bahasa Arab 1.
Hari Selasa 19 Oktober 2010 subjek Bahasa Arab 2.
Hari Rabu 20 Oktober 2010 subjek Fekah Tauhid.
Hari Khamis 21 Oktober 2010 subjek Tafsir Hadith.

Kepada semua anak murid Ustazah, semoga kalian cemerlang STAM terutamanya subjek Ustazah iaitu Fikh STAM.

Sunday, October 3, 2010

Program Ladap SAMTSH


Program Latihan Dalam Perkhidmatan ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2010 bertempat di Hotel Quality Shah Alam. Program ini telah mengumpulkan kira-kira 100 orang guru dari 3 buah sekolah SABK iaitu SAMT Sultan Hisamuddin, SAMT Tengku Ampuan Rahimah Banting dan SAMIR. Ia juga menerima beberapa orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah, yang menjadi pasangan kepada guru-guru SAMTSH.

Meskipun diadakan pada bulan Syawal, iaitu bulan untuk semua umat Islam berziarah ke rumah kawan-kawan dan sahabat handai, namun guru-guru ini tetap sanggup untuk hadir menimba ilmu dan pengalaman demi sebuah perjuangan yang panjang. Iaitu mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.

Wednesday, September 29, 2010

Demam Peperiksaan Bermula


Sebahagian Pelajar Putera STAM 2010

Sebahagian Pelajar Puteri STAM 2010

Musim peperiksaan menjelang lagi. Minggu depan peperiksaan PMR akan bermula. Diikuti peperiksaan SMA dan STAM 2 minggu kemudian. Selaku guru STAM, sudah pasti aku ingin yang terbaik untuk anak didikku. Kakau boleh, aku mahu keputusan tahun ini lebih baik dari yang lepas atau paling tidak pun, setara.

Tahun lepas hanya 48 orang calon yang menduduki STAM. Tahun ini ada 70 orang. Pelbagai gaya dan feel dapat diperhatikan daripada semua calon. Apapun, harapan tetap tersemat di hati.... antum semua mampu jika bersungguh-sungguhb daripada sekarang. Untuk Rasanah, Tengku Sumaiyah, Rabiatul Adawiah dan Abdullah Muaz... Kalian adalah antara bintang yang bakal menyinari SAMTSH...

Monday, June 21, 2010

Majlis Perkahwinan 2 orang adikku


Seawal cuti sekolah, adik-adikku Kholimaton, Ruminah dan Ismawi datang ke rumahku menumpang tidur. Esok, Sabtu 5 Jun mereka akan bertolak ke Johor bersama keluarga masing-masing untuk ikut mengiring adik sebapa kami dalam majlis akad nikahnya. Teringin juga aku nak pergi, tapi aku ada 3 majlis yang perlu ku ikuti pada hari sabtu dan Ahad tu. Lagipun anakku terlalu kecil untuk mengikuti perjalanan yang memenatkan seperti itu.

Jumaat 11 Jun pula adikku Ismail akan bernikah di Tanjung Karang. Hari Sabtu kenduri di rumah pengantin perempuan, manakala hari Ahad pula kenduri di rumah pusaka kami.

Minggu akhir, pada 19 jun 2010 pula, adik sebapaku mengadakan majlis kendurinya. Rumah mak keduaku ini hanya terletak di sebelah rumah kami. Hanya sepelaung sahaja jaraknya.

Monday, May 17, 2010

Kemalangan Maut

Hari Ahad lepas 16 Mei 2010, entah mengapa suamiku beralih angin. Sudah 2 kali pergi memancing kat Pulau Indah. Tak pernah dalam sejarah, sepanjang perkahwinan kami, dia sebok nak memancing. Malam Isnin tu, dia nak pergi lagi bersama adik ipar dan 2 orang rakannya. Katanya, lewat malam karang baru balik kot. Elok lepas solat Isyak , dia pun keluar. Tinggallah aku bersama anak kami Rifaie.

Aku tidur, sedar-sedar dah pukul lima pagi. Suamiku baru pulang memancing. Adik Ipar suamiku ( birasku ) ada di luar bersama 2 orang anaknya. 2 orang anaknya dibawa untuk menemaniku katanya. Sebenarnya aku tak minta pun, lagipun aku dah biasa berdua di rumah waktu malam.

Sewaktu bersarapan, abang menceritakan pengalaman ngerinya malam tadi. Katanya, sewaktu kereta yang mereka naiki hampir sampai ke Pulau Indah, mereka semua melihat sebuah treler yang dipandu sangat laju. Elok treler itu berpapasan dengan mereka, tiba-tiba lori itu melanggar sebuah motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bekerja shif malam. Lelaki itu melambung dan dilanggar bahagian kepalanya. Sebahagian kepala lelaki itu hancur di lenyek tayar treler tersebut. Namun, pemandu treler bagaikan dikejar-kejar, tetap meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan apa yang dilakukannya.

Abang bersama 3 yang lain segera turun dari kereta mereka memberikan bantuan kecemasan. Malang sekali, lelaki yang dilanggar itu, langsung tidak bergerak-gerak. Mungkin sudah meninggal dunia. Abang segera menelefon 999 untuk meminta bantuan. Adik Ipar mengambil lampu suluh dan mengarah kenderaan yang lalu lalang untuk ketengah sedikit bagi memberi laluan bantuan kecemasan. seorang dari mereka membuka dompet lelaki berkenaan untuk mengenal identitinya. Mohd Zaki nama lelaki tersebut.

Tidak lama kemudian datang pihak peronda lebuh raya, disusuli oleh polis dan ambulan. Melihat semua yang perlu telah sampai, mereka memberi sedikit keterangan sebelum meneruskan perjalanan memancing di Pulau Indah.

Friday, March 12, 2010

Program Maulidur Rasul Peringkat Sekolah di SAMTSH


Perarakan Persatuan Kadet Polis Sekolah

Sekolah Agama Menengah Tinggi telah mengadakan Sambutan Hari Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari ini 12 Mac 2009.

Majlis dimulakan pada jam 8 pagi dengan persembahan perarakan daripada 11 buah persatuan unit berunifom. 11 buah unit berunifom tersebut ialah Kadet Polis, Taekwando, PBSM, Puteri Islam, Pandu Puteri, Kadet Laut, Kadet Bomba, Silat, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap.


Perarakan daripada Pasukan Unit Berunifom Puteri Islam
Unit Berunifom Pandu Puteri sedang bararak membawa sepanduk mereka.

Selesai berarak, semua pasukan beratur di dataran sekolah SAMTSH

Selesai acara perbarisan, pelajar berehat dan kemudian menyambung acara di dalam Dewan Al-Bukhari.
Majlis dalam dewan bermula pada jam 10 pagi.
Majlis dimulakan dengan persembahan daripada Kumpulan Nasyid sekolah Soutul Ghamidi. Mereka mempersembahkan 2 buah nasyid. Ia diikuti dengan persembahan Rawi dan Marhaban dan pentomen " Rentetan Hidup Nabi Muhammad S.A.W".

Diakhir majlis diumumkan bahawa pemenang pertandingan sepanduk terbaik jatuh kepada Pasukan Unit Beruniform Puterin Islam dan Pengakap.

Pertandingan perarakan terbaik pula jatuh kepada Puteri Islam dan Pengakap juga.

Beberapa Anugerah telah diberikan kepada pelajar dan guru.
Anugerah Sayyidina Abu Bakar diberikan kepada Ustaz Suhaimi bin Salleh
Anugerah Saydatina Khadijah dimenangi oleh Cikgu Afrah bt Dakhwan.
Anugerah Sayyidina Ali kepada Adik Mohd Muaz bin Abdul Aziz
Anugerah Saydatina Fatimah Azzahra pula diberikan kepada Tengku Sumayyah T. Shahrom


Sebahagian pelajar puteri melihat acara persembahandi dalam dewan Al-Bukhari SAMTSH

Majlis berakhir pada jam 11.45 pagi

Thursday, March 11, 2010

Keputusan STAM 2009 DIUMUMKAN HARI INI ( 11.03.10 )


Hari ini, keputusa STAM diumumkan. Sebagai guru yang mengajar salah satu subjek, iaitu Fikh Faraid, tentunya aku turut berdebar menanti keputusan ini. Jam 10 lebih barulah aku dapat melihat keputusan ini. Alhamdulillah, Ya Allah ! Syukran kerana memberi kejayaan yang sangat cemerlang bagi STAM kali ini. 2 rekod di catat sekaligus.

Satu rekod kerana lulus 100%. Satu lagi rekod untuk subjek Fikh. Tahun ini 31 orang mendapat Mumtaz, berbanding 15orang pada tahun lepas dan 5 orang pada tahun sebelumnya. Kepada semua pelajar yang Mumtaz Fikh, jangan lupa jumpa Ustazah di sekolah ye....

Sunday, March 7, 2010

Seminar Faraid

Ustaz Mohamed Fauzi bin Abdul Aziz dibantu oleh 2 orang pelajarnya yang merupakan bekas pelajar SAMT Sultan Hisamudin.
Sebahagian pelajar putera dan puteri yang mengikuti Seminar Faraid khusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Fauzi.

Satu Seminar yang dinamakan Seminar Faraid telah dijalankan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamudin pada 7 Mac 2010 bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang di Bilik Seminar sekolah.

Program ini telah dihadiri oleh 85 orang pelajar daripada tingkatan 6 STAM 1, 6 STAM 2 dan 6 Atas STPM. Penceramah jemputan yang dipanggil ialah Ustaz Mohamed Fauzi bin Abdul Aziz seorang pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor. Beliau adalah penulis buku Faraid bertajuk " Pusaka Dalam Perspektif Islam " yang dikupas secara mendalam dalam program ini.

Ustaz Fauzi yang berpengalaman dalam masalah Faraid telah mengupas tajuk dengan begitu baik di samping memberi contoh dan juga latihan berkumpulan. Para pelajar semuanya berpuas hati dan merasa sangat berbaloi mengikuti Seminar ini walaupun mereka membayar kos sebanyak RM 25 seorang ( untuk bayaran sebuah buku Faraid dan ceramah selama sehari )

Friday, March 5, 2010

Program Amal Islami Peringkat Sekolah di SAMTSH

Program Amal Islami Peringkat Sekolah telah bermula seawal minggu ketiga persekolahan. Program yang dianjurkan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah ini. Sebanyak 16 jenis acara dipertandingkan iaitu ;

Khutbah, Tafsir, Seni Khat ( kaligrafi ), Hafazan, Syarahan Agama, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Inggeris, Tilawah, Nasyid, Tajhiz Jenazah, Rawi & Marhaban, Musamarah, Forum Bahasa Melayu, Debat bahasa Melayu, Debat Bahasa Inggeris dan Debat Bahasa Arab.

Terdapat 4 buah rumah sukan di sekolah ini iaitu Ibnu Khaldun ( hijau ), Ibnu Battutah ( kuning ), Ibnu Rush ( biru ) dan Ibnu Razi ( merah ). Semua penyertaan adalah melalui rumah sukan masing-masing. Ketua Rumah sukan Ibnu Khaldun ialah Puan siti Kholijah bt Hj Mohd Hashim, Ibnu battutah ialah Ustaz Mohd Hayye bin Ismail, Ibnu Rush ialah Puan Norhasliza bt Abdul Wahab dan Ibnu Razi diketuai oleh Ustaz Mohd Shukri bin Abdullah.

Pelajar mula berlatih dalam acara masing-masing sejak akhir Januari lalu. Acara kemuncak telah dijalankan pada hari Khamis 4 Mac 2010. Majlis pengumuman kemenangan dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Al-Bukhari SAMTSH pada jam 12.30 tengahari. Diakhir majlis, diumumkan bahawa Rumah Sukan Ibnu Khaldun telah mejuarai seluruh acara denagn mata sebanyak 104, tempat kedua ialah rumah Ibnu Rush dengan mata sebanyak 88, tempat ketiga Ibnu Battutah dengan mata sebanyak 84 dan tempat keempat jatuh kepada Ibnu Razi dengan mata sebanyak 71.