Sunday, March 7, 2010

Seminar Faraid

Ustaz Mohamed Fauzi bin Abdul Aziz dibantu oleh 2 orang pelajarnya yang merupakan bekas pelajar SAMT Sultan Hisamudin.
Sebahagian pelajar putera dan puteri yang mengikuti Seminar Faraid khusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Fauzi.

Satu Seminar yang dinamakan Seminar Faraid telah dijalankan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamudin pada 7 Mac 2010 bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang di Bilik Seminar sekolah.

Program ini telah dihadiri oleh 85 orang pelajar daripada tingkatan 6 STAM 1, 6 STAM 2 dan 6 Atas STPM. Penceramah jemputan yang dipanggil ialah Ustaz Mohamed Fauzi bin Abdul Aziz seorang pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor. Beliau adalah penulis buku Faraid bertajuk " Pusaka Dalam Perspektif Islam " yang dikupas secara mendalam dalam program ini.

Ustaz Fauzi yang berpengalaman dalam masalah Faraid telah mengupas tajuk dengan begitu baik di samping memberi contoh dan juga latihan berkumpulan. Para pelajar semuanya berpuas hati dan merasa sangat berbaloi mengikuti Seminar ini walaupun mereka membayar kos sebanyak RM 25 seorang ( untuk bayaran sebuah buku Faraid dan ceramah selama sehari )

No comments: