Saturday, March 5, 2011

Lawatan ke Pameran Kraf kebangsaan










Semalam, 5 Mac 2011, Kelab Kraf dan Jahitan SAMT Sultan Hisamudin telah membuat lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Pameran Kraf Kebangsaan kali ke 9. Seramai 4 orang guru dan 40 orang pelajar sekolah terlibat dalam lawatan ini.
Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.20 pagi dan sampai ke Kompleks Kraf pada jam 9.30 pagi. Ramai sungguh pelawat pada hari ini. Belasan lawatan khas dari sekolah-sekolah turut memeriahkan pameran hari ini. Aku membawa anakku Rifaie kerana pengasuh tidak dapat menjaganya. Beliau sekeluarga pulang ke kampung minggu ini.
Ceria sungguh anakku hari ini. Al-maklum kali pertama naik bas dalam sejarah hidupnya dan kali pertama aku membawanya pergi lawatan. Lihatlah aksinya dalam gambar-gambar di atas. Pelbagai jenis pameran kami lihat. Sampai di booth jualan kompang, anakku terus mengambil sebuah kompang lalu di tepuk-tepuk. Diusung kompang tu ke sana ke mari. Aku yang memang dah lama nak belikan kompang untuknya, terus membelikan sebuah kompang untuk Rifaie. Keluarga pengasuh anakku ini adalah keluarga kompang. Tiap-tiap malam bunyi mereka berlatih kompang kedengaran dari rumahku.