Friday, October 14, 2011

KURSUS SAMBIL REHLAH


Berat rasanya saya mahu pergi kursus kali ini kerana aku terpaksa meninggalkan anakku Ahmad Rifaie yang berusia 22 bulan . 4 hari 3 malam terasa amat lama. Namun aku pergi juga akhirnya. Aku menginap di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Turut bersamaku adalah 6 orang sahabat yang lain seperti dalam gambar di atas. Mereka ialah Norhayati, Tumisah, Masrauzah, Azura, Norhazleen dan Sotnizan.

Menarik juga hotel ni sebab ada kolam renang yang cantik. Geram rasanya kerana aku tak dapat nak berenang kat sini. Tempat terbukalah katakan. Kalau tertutup, hari-hari aku yang berenang kat sini.

Cuma yang tak menariknya ialah susah nak dapat line internet.Walaupun signal wifi adalah excellent, namun tak dapat juga aku membuka internet. Aku pergi ke ruang legar kerana dikatakan disana taliannya elok. Pun tak dapat juga. Bosan berkurung dalam bilik. Tidur jelah jawapannya. Cumanya, entah macam mana, petang hari kedua baru dapat buka internet. Itupun, petang dan malam tu je. Esoknya dah tak dapat.

Pada petang hari ketiga, aku bersiar-siar kat pantai Bagan Lalang. Sambil bersiar-siar sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar untuk kenanganku.
Selepas bersiar-siar di pantai, kami pergi membeli kerepek. Saya ingatkan mereka nak beli kerepek jenama Rizal kat Bukit Bangkong. Saya pernah makan kerepek situ. Walaupun dah setahun habis tempoh, rasanya masih belum berubah menjadi tengik. Rupanya mereka pergi ke kilang kerepek Azenor.... Beli jugaklah kerepek kat situ. Rasanya dan kerangupannya memang tidak boleh menandingi kerepek buatan Kilang RJ Sepang.


Kami selesai berkursus pada hari keempat. Aku balik ke Klang dengan menumpang kereta Masrauzah hinnga ke Klang.Suamiku mengambilku di Klang. Akhirnya aku selamat berjumpa buah hatiku.....



No comments: