Saturday, October 3, 2015

PELUANG MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN


Unico Network dilancarkan pada 1 Mac 2015. Tetapi...percayakah anda, platform ini telah melahirkan seorang jutawan hanya dalam tempoh tidak sampai 7 bulan, manakala 13 orang yang lain memperolehi 500K.
Berbanding platform lain yang biasanya
mengambil masa sehingga 3 tahun. Ia adalah platform terbaik untuk mereka yang berhasrat mencapai kebebasan kewangan

Maklumat lanjut, sila hubungi Siti Kholijah 017-6581387
http://unicorich72.com/KHOLIJAHRICH1


Friday, September 25, 2015

RAHSIA AWET MUDA DENGAN BEAUSKIN PROMIST SPRAY






Beauskin Promist Swiss Spray merupakan produk kecantikan kulit berasaskan air dan 
sumber alam teknologi terkini yang dihasilkan oleh syarikat Rahn Switzerland, sebuah
pengeluar produk kecantikan terkemuka dunia, syarikat pertama di dunia yang 
memperkenalkan teknologi HYDDRACTIN dalam merawati dan mengembalikan 
keremajaan kulit. Beauskin Promist kini mula berada di pasaran Malaysia dan syarikat
Unico Network Sdn Bhddiberi hak eksklusif pengedarannya di Malaysia dan 
 berkemungkinan ke seluruh rantau Asia Tenggara mahu pun pasaran Asia. Produk 
ini didakwa mampu mengatasi masalah keusangan kulit dan meremajakannya 
(awet muda) sehingga 20 tahun dalam tempoh waktu yang agak cepat.

FAKTA TENTANG BEAUSKIN PROMIST

20 Tahun Pelan Keremajaan Kulit (20 Years Younger Plan)

Produk ini ialah kombinasi simbiotik 3 tumbuhan hutan dimana kesemuanya adalah 

tumbuhan anti penuaan dan pelembab semula jadi.

Lichen Centraria Islandica (Island Mass), Fern Polypodium Vulgare (Polypody Biasa) 

dan Mass Sphagnum Magellanicum (Peat Mass) adalah tumbuhan yang benar benar 
handal dalam mengendalikan kelembapan baik pada alam semula jadi mahu pun kepada
 kulit manusia.

Tumbuhan ini boleh menyimpan dan mengekalkan air serta meningkatkan NMF kulit. 

Proses interaksi ini akan memusingkan jam biologi kulit:
* Hanya selepas penggunaan selama 2 minggu, kulit akan kelihatan 10 tahun lebih muda.
* Selepas penggunaan selama 4 minggu, kulit akan mencapai 20 tahun lebih muda.


TELAGA KEREMAJAAN (Fountain Of Youth)

* Penggunaan Beauskin Promist memberi kesan seakan Suntikan BOTOX

Faktor pertumbuhan semulajadi Biomimetik yang berteknologi tinggi. Ia direka untuk
penembusan kulit secara optimum dan membantu mengurangkan garisan halus dan 
kedutan serta menjadikan kulit lebih muda lagi cantik.

* Beauskin Promist menghasilkan Pelbagai Fungsi Folic Acid

Vitamin V9 dikenali sebagai Folic Acid yang merupakan bahan aktif telah dirumuskan
 semula melalui kaedah penapaian mikrob yang mengubah struktur folic acid menjadikan
 ia lebih berfungsi dengan pelbagai peranan positif. Antara kesan positif nyata yang 
terhasil dari Multifunction Folic Acid ini ialah:

a. Anti kedutan
b. Anti alahan
c. Anti porfirin atau rintangan terhadap UV
d. Sumber pelembab
e. Anti kerengsaan (irritation)
f. Memberi kesan pemutihan/pencerahan oleh Glycyrrhizic

7 Kebaikan Lain Dalam Formulasi Beauskin Promist

a. Tiada bahan pengawet
b. Bebas Silikon
c. Bebas Sulfate
d. Bebas Minyak Mineral
e. Bebas Lanolin
f. Tiada bahan asas bersumberkan binatang
g. Tiada bahan asas bersumberkan petroleum

Kulit Sihat Cantik Adalah Janji Beauskin Promist Untuk Anda

Inilah janji dari Beauskin Promist untuk memberikan kebahagiaan kepada anda 
dengan produk luar biasa dimana ianya dapat menyerlahkan kecantikan anda dan 
merupakan permulaan perjalanan ke arah keremajaan kulit. Antara kesan baik 
penggunaan produk adalah:

a. Kawalan minyak di kawasan T wajah
b. Menghilangkan kedutan dan garis halus
c. Mengurangkan hitam "eyebag"
d. Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit.
e. Mengecilkan liang roma
f. Membentuk dan mengkontur wajah
g. Menghasilkan warna kulit muka yang sekata dan melembabkannya.
h. Melicinkan dan menenangkan kulit.

Cara Penggunaan Beauskin Promist

* Bulan Pertama - Botol 1 - Spray 3 kali iaitu pagi, tengahari dan malam. Tiap kali 

   memerlukan 2 semburan (detoxifying period).
* Bulan Kedua dan seterusnya - Botol 2 - Spray 2 kali iaitu pagi dan malam.

Harga :
RM 445.20 untuk 2 botol.
Pakej terbaik untuk menjana pendapatan.
Hubungi 017-6581387 ( whatsapp )

Monday, February 23, 2015

Perpindahan Yang Dinanti

Pada awal November 2014, namaku telah naik sebagai salah seorang guru yang diluluskan permohonan pindah. Namaku naik di SAM Muhammadiah Batu 1, Sabak Bernam. Alhamdulillah, syukur.
3 orang sahabat sekolah yang lain , yang berjaya berpindah sekolah ialah Ummu Hani bt Salehuddin, Siti Nor bt Jaffar dan Muzakkir bin Ali.
Awal Januari, saya telah berpindah rumah ke Batu 38 baruh.

Wednesday, June 25, 2014

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH

Anakku kini sudah berusia 4 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, dia dapat membesar dengan baik. Allah membantuku dalam semua hal. Dia sudah bersekolah di Pasti Al-Amanah Sungai Kandis. Pembelajarannya pun nampak baik dan dia seronok pergi ke sekolahnya setiap hari. Sesungguhnya, pengalaman menjaga dan membesarkan anak serta memberi didikan adalah sesuatu yang manis dan mencabar.

Gambar bulan April semasa lawatan ke Langkawi bersama pelajar asrama SAMT Sultan Hisamuddin




Friday, November 29, 2013

Cadar Cotton Patchwork Cantik Menarik

Jualan Cadar Sudah Tiba.

Kepada peminat cadar 100%  cotton, boleh dapatkan set cadar ini....

Setiap set mengandungi sehelai cadar dan 2 helai sarung bantal.
Sesuai untuk tilam saiz king dan queen

Keistimewaan cadar ini adalah
1. Jahitan kemas
2. Tidak berbulu
3. Kain sejuk
4. Tidak mudah bergerak selepas dibentang
5. Boleh dicuci dalam mesen basuh












Untuk pembelian, sila whatsapp ke 017-6581387. Nyatakan nombor siri cadar yang dikehendaki. Setelah confirm ada, barulah bank in ke akaun Maybank saya bernombor 1699 8100 5902. Harga satu set termasuk pos adalah rm 190.00.

Monday, September 23, 2013

Hari Raya Korban Menjelma Lagi...Jualan Lembu Dibuka kini...

         Anda ingin membuat ibadah korban tapi tak tahu nak beli bekalan lembu dimana. Hubungilah Encik Kamal bin Hassan dan rakan kongsinya. Anda pasti tidak kecewa.
         Encik Kamal dan rakan kongsinya mempunyai hampir 200 ekor bekalan lembu korban. Harganya antara RM 2650.00 hingga RM 7000.00 bergantung pada berat saiz lembu. Lembu paling mahal besarnya lebih sekali ganda dari lembu yang kecil. Kebanyakan lembunya berharga sekitar RM 3000.00.
         Dapatkan secara terus daripada Encik Kamal kerana harga melalui orang tengah berbeza dengan harga daripada beliau sendiri. Encik Kamal boleh dihubungi di nombor 012-3373026. Sedia menerima pembelian untuk kenduri kahwin dan ibadah aqiqah pada bila-bila masa.
         Kandang terletak di Jalan Siswi kiri ( menghala ke lebuhraya Alam Impian ), Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam. Biasanya pelanggan akan datang selepas asar ke kandang untuk melihat dahulu saiz dan harga lembu sebelum membuat persetujuan untuk membelinya. Penghantaran lembu ke semua tempat di sekitar Kota Raja adalah percuma.

 Antara lembu yang saiznya  paling besar.


Semua gambar lembu ini adalah yang terkini. Gambar ini diambil pada petang 23 September 2013 ketika semua lembu baru pulang ke kandang.

Ini hanya sebahagian daripada lembu yang diusahakan oleh encik Kamal bersama rakan kongsinya. Masih ada lembunya di kandang yang lain.

Friday, July 19, 2013

BICARA KUASA HARTA PUSAKA

Ayah saya telah meninggal dunia pada 29.11.1989. Beliau meninggalkan 3 orang isteri dan 26 orang anak. Emak saya, isteri ketiga meninggal dunia pada 03.01.2007 dan seorang anak isteri pertama telah meninggal dunia pada 28.01.2008.

Pusaka kami dinamakan pusaka kematian 3 lapis. Ayah mempunyai 29 geran kebun. 5 geran telah diberi secara hibah kepada 7 orang anak isteri pertama. Isteri kedua dan 2 daripada anak-anaknya telah diberi 5 geran. Manakala saya, hanya abang kedua sahaja mendapat 1 geran. Baki 18 geran sebenarnya termasuk dalam faraid.

Isteri pertama dan 7 orang anaknya telah menguruskan 4 geran tanah di pejabat pusaka dengan mengaku ayah mempunyai seorang isteri dan 7 anak. Pada tahun 2000, 4 geran ini telah sah bertukar kepada nama mereka anak beranak.

Saya mengambil alih urusn pusaka mulai Julai 2011 yang lalu. Pada 09.07.2013 pejabat tanah Sabak Bernam telah memanggil kami semua pewaris Hj Mohd Hashim untuk bicara kuasa. Hasilnya, hakim memberi tempoh 6 bulan kepada isteri tua untuk memfailkan kes tuntutan harta sepencarian. Isteri kedua pula diberi peluang membawa surat wasiat arwah mengenai salah satu tanah yang diwasiatkan kepadanya melalui surat ke mahkamah syariah untuk memastikan wasiat itu sah atau batal. Saya tahu, wasiat kepada orang yang memang dapat pusaka adalah tidak sah. Ia hanya boleh digunapakai jika semua pewaris bersetuju. Tapi siapalah saya, mereka memilih mahkamah syariah untuk memutuskan perkara ini....

Saya akan menunggu untuk tempoh 6 bulan lebih kurang. Sekiranya mereka gagal menguruskan urusan tuntutan harta sepencarian dan wasiat, maka semua harta yang berbaki akn difaraid terus kepada semua penerima faraid sebagaimana yang tercatat dalam sijil faraid yang telah saya perolehi pada bulan Ogos tahun 2012.

Ya Allah permudahkan urusan kami ini, Ya Allah Rahmati ayah kami dan semoga ia bahagia di alam baqa' sana....