Monday, February 23, 2015

Perpindahan Yang Dinanti

Pada awal November 2014, namaku telah naik sebagai salah seorang guru yang diluluskan permohonan pindah. Namaku naik di SAM Muhammadiah Batu 1, Sabak Bernam. Alhamdulillah, syukur.
3 orang sahabat sekolah yang lain , yang berjaya berpindah sekolah ialah Ummu Hani bt Salehuddin, Siti Nor bt Jaffar dan Muzakkir bin Ali.
Awal Januari, saya telah berpindah rumah ke Batu 38 baruh.

Wednesday, June 25, 2014

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH

Anakku kini sudah berusia 4 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, dia dapat membesar dengan baik. Allah membantuku dalam semua hal. Dia sudah bersekolah di Pasti Al-Amanah Sungai Kandis. Pembelajarannya pun nampak baik dan dia seronok pergi ke sekolahnya setiap hari. Sesungguhnya, pengalaman menjaga dan membesarkan anak serta memberi didikan adalah sesuatu yang manis dan mencabar.

Gambar bulan April semasa lawatan ke Langkawi bersama pelajar asrama SAMT Sultan Hisamuddin




Friday, November 29, 2013

Cadar Cotton Patchwork Cantik Menarik

Jualan Cadar Sudah Tiba.

Kepada peminat cadar 100%  cotton, boleh dapatkan set cadar ini....

Setiap set mengandungi sehelai cadar dan 2 helai sarung bantal.
Sesuai untuk tilam saiz king dan queen

Keistimewaan cadar ini adalah
1. Jahitan kemas
2. Tidak berbulu
3. Kain sejuk
4. Tidak mudah bergerak selepas dibentang
5. Boleh dicuci dalam mesen basuh












Untuk pembelian, sila whatsapp ke 017-6581387. Nyatakan nombor siri cadar yang dikehendaki. Setelah confirm ada, barulah bank in ke akaun Maybank saya bernombor 1699 8100 5902. Harga satu set termasuk pos adalah rm 190.00.

Monday, September 23, 2013

Hari Raya Korban Menjelma Lagi...Jualan Lembu Dibuka kini...

         Anda ingin membuat ibadah korban tapi tak tahu nak beli bekalan lembu dimana. Hubungilah Encik Kamal bin Hassan dan rakan kongsinya. Anda pasti tidak kecewa.
         Encik Kamal dan rakan kongsinya mempunyai hampir 200 ekor bekalan lembu korban. Harganya antara RM 2650.00 hingga RM 7000.00 bergantung pada berat saiz lembu. Lembu paling mahal besarnya lebih sekali ganda dari lembu yang kecil. Kebanyakan lembunya berharga sekitar RM 3000.00.
         Dapatkan secara terus daripada Encik Kamal kerana harga melalui orang tengah berbeza dengan harga daripada beliau sendiri. Encik Kamal boleh dihubungi di nombor 012-3373026. Sedia menerima pembelian untuk kenduri kahwin dan ibadah aqiqah pada bila-bila masa.
         Kandang terletak di Jalan Siswi kiri ( menghala ke lebuhraya Alam Impian ), Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam. Biasanya pelanggan akan datang selepas asar ke kandang untuk melihat dahulu saiz dan harga lembu sebelum membuat persetujuan untuk membelinya. Penghantaran lembu ke semua tempat di sekitar Kota Raja adalah percuma.

 Antara lembu yang saiznya  paling besar.


Semua gambar lembu ini adalah yang terkini. Gambar ini diambil pada petang 23 September 2013 ketika semua lembu baru pulang ke kandang.

Ini hanya sebahagian daripada lembu yang diusahakan oleh encik Kamal bersama rakan kongsinya. Masih ada lembunya di kandang yang lain.

Friday, July 19, 2013

BICARA KUASA HARTA PUSAKA

Ayah saya telah meninggal dunia pada 29.11.1989. Beliau meninggalkan 3 orang isteri dan 26 orang anak. Emak saya, isteri ketiga meninggal dunia pada 03.01.2007 dan seorang anak isteri pertama telah meninggal dunia pada 28.01.2008.

Pusaka kami dinamakan pusaka kematian 3 lapis. Ayah mempunyai 29 geran kebun. 5 geran telah diberi secara hibah kepada 7 orang anak isteri pertama. Isteri kedua dan 2 daripada anak-anaknya telah diberi 5 geran. Manakala saya, hanya abang kedua sahaja mendapat 1 geran. Baki 18 geran sebenarnya termasuk dalam faraid.

Isteri pertama dan 7 orang anaknya telah menguruskan 4 geran tanah di pejabat pusaka dengan mengaku ayah mempunyai seorang isteri dan 7 anak. Pada tahun 2000, 4 geran ini telah sah bertukar kepada nama mereka anak beranak.

Saya mengambil alih urusn pusaka mulai Julai 2011 yang lalu. Pada 09.07.2013 pejabat tanah Sabak Bernam telah memanggil kami semua pewaris Hj Mohd Hashim untuk bicara kuasa. Hasilnya, hakim memberi tempoh 6 bulan kepada isteri tua untuk memfailkan kes tuntutan harta sepencarian. Isteri kedua pula diberi peluang membawa surat wasiat arwah mengenai salah satu tanah yang diwasiatkan kepadanya melalui surat ke mahkamah syariah untuk memastikan wasiat itu sah atau batal. Saya tahu, wasiat kepada orang yang memang dapat pusaka adalah tidak sah. Ia hanya boleh digunapakai jika semua pewaris bersetuju. Tapi siapalah saya, mereka memilih mahkamah syariah untuk memutuskan perkara ini....

Saya akan menunggu untuk tempoh 6 bulan lebih kurang. Sekiranya mereka gagal menguruskan urusan tuntutan harta sepencarian dan wasiat, maka semua harta yang berbaki akn difaraid terus kepada semua penerima faraid sebagaimana yang tercatat dalam sijil faraid yang telah saya perolehi pada bulan Ogos tahun 2012.

Ya Allah permudahkan urusan kami ini, Ya Allah Rahmati ayah kami dan semoga ia bahagia di alam baqa' sana....

Thursday, November 15, 2012

HARI KELUARGA KALI KEDUA

Hari Keluarga Khatimah untuk kali kedua telah diadakan pada 5 dan 6 Jun 2012 di Glory Beach Resort di Port Dickson. Seramai 45 orang dari 70 keseluruhan ( anak, cucu dan cicit Khatimah ) telah dapat menghadirkan diri pada program tahunan ini.

Perjalanan dari rumah bermula dari pagi. Ada yang bertolak dari Sabak Bernam dan ada yang dari Klang. Sampai di Glory pada jam 2.30 petang. Petang itu acara permainan diadakan di bawah bangunan bersebelahan pantai. Antara acara yang diadakan ialah menyambung straw dan patung bergerak untuk kanak-kanak. Manakala untuk pasangan suami isteri pula antara acaranya ialah mencari pasangan dengan  mata yang ditutup.

Penat bermain, kami semua mandi pula di kolam renang. Anak-anak paling seronok dapat mandi dan berenang sepuas-puasnya. Acara penyampaian hadiah diadakan pada waktu malam. Pengisian tazkirah pula dibuat selepas solat berjemaah secara jamak qosor.
Keseronokan mandi disambung semula pada esoknya. Kali ini hampir semua peserta ikut mandi bersama anak-anak. Pelbagai gaya dan keletah dapat dilihat sebagai tanda keceriaan semua peserta.


Puas mandi manda, kami ambil pulak gambar beramai-ramai di pantai.

Gambar beramai-ramai anak, cucu dan cicit arwah Khatimah.
Cicit-cicit arwah Siti Khatimah.
Cucu-cucu arwah Siti Khatimah. 17 daripada 27 jumlah semuanya.
Daripada 5 orang anak siti Khatimah, tinggal 3 sahaja iaitu Siti Sufiah ( tudung merah ), Tamami ( baju kelabu ) dan Siti Zubadah ( tudung coklat ) bersama pasangan masing-masing.

ACAI BERRY 100% PURE.... MURAH-MURAH

Jualan Penghabisan Stok...
Acai Berry 100% original

Harga sebotol RM 40
Harga 2 botol - 4 botol = sebotol RM 35
Harga 5 botol keatas  = sebotol RM 30
Semua harga termasuk pengeposan.
Stok sangat terhad. Nak habiskan stok sahaja.

Hubungi saya di 012-3949348 @ whatsapp 017-6581387