Friday, October 14, 2011

BEST GOAT - SERBUK SUSU KAMBING ASLI

Susu Kambing telah diketahui memberikan kebaikan kesihatan. Ia mengandungi pelbagai khasiat yang penting untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik seperti gastrik, ulser perut, penyakit kuning, lelah, susah tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain, buah pinggang dan lain-lain.

Susu kambing juga menguatkan sistem imunisasi paru-paru, anti -athritis, menyeimbangkan gula dalam darah dan meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan.
Best GOAT susu kambing asli ini dijual pada harga RM 25.00 sahaja ( Harga ini adalah dengan diskaun RM 10.00 kerana harga jualan asal RM 35.00) tambah RM 5 untuk bayaran Pos Laju.

Harga 3 bungkus termasuk pos ialah RM 80.00
Setiap bungkus mengandungi 15 peket dan setiap peket beratnya 21 gram.

Kepada yang berminat untuk membeli sila bank ini ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad
1201 0020 4356 89 atas nama Siti Kholijah Hj Mohd Hashim. Kemudian sms maklumat pembayaran ke no 012-3949348

Thursday, October 13, 2011

TUTUP AURATMU SAYANG.... kerana aurat saya maruah saya.


Alasan paling popular bagi mereka yang mendedahkan aurat

1) Semua yang menutup aurat, pastikah masuk syurga?
- Apa yang pasti, jika dedah aurat, pasti masuk ke neraka.

2) Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
- Dah lalu lalang depan mata, mau atau tak kena tengok jugak. Boleh ke kita jamin semua lelaki ajnabi punyai hati yang murni dan iman yang kuat untuk lawan godaan syaitan.

3) Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tak, tetap berdosa walau pun hanya tayang sehelai rambut.

4) Walau pun kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
- Kita yakinkah solat dan puasa kita boleh jamin kita masuk ke syurga.

5) Suka hati kamilah, nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Anda sebenarnya menyusahkan kehidupan ayah, abang, adik dan suami, juga orang lain dengan mengheret mereka masuk ke neraka kerana mereka tidak menegur anda dan gagal mendidik anda.

6) Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan tuhan.
- Kat dunia beranilah cakap macam tu. Kat akhirat besok macam mana. Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7) Kami pakai macam ni ikut arahan pengarah/ bos/ suami kami untuk disesuaikan dengan majlis dan skrip filem.
- Sanggup patuh arahan manusia tapi tak mahu patuh Pencipta manusia.

8) Bukan kami tak mahu tutup, tapi belum sampai seru.
- Nak seru macam mana lagi. Teguran orang tu maknanya dah sampai serulah. Ke.. nak tunggu seruan dari malaikat maut. Masa tu dah tak sempat taubat dah.

9) Takkan nak buat perubahan drastik. Slow-slow lah.
- Kalau gitu, cakaplah kat malaikat Izrail, tunggu kejap. Lepaklah dulu. Jangan cabut dulu nyawaku.

10) Tutup aurat tu bagus, tapi kami tak mau hipokrit kerana tak ikhlas melakukannya.
- Kalau gitu, anda memang hipokrit. Ikhlas atau tidak tu cerita lain, yang penting tutup aurat tu WAJIB hukumnya.

Saturday, March 5, 2011

Lawatan ke Pameran Kraf kebangsaan










Semalam, 5 Mac 2011, Kelab Kraf dan Jahitan SAMT Sultan Hisamudin telah membuat lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Pameran Kraf Kebangsaan kali ke 9. Seramai 4 orang guru dan 40 orang pelajar sekolah terlibat dalam lawatan ini.
Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.20 pagi dan sampai ke Kompleks Kraf pada jam 9.30 pagi. Ramai sungguh pelawat pada hari ini. Belasan lawatan khas dari sekolah-sekolah turut memeriahkan pameran hari ini. Aku membawa anakku Rifaie kerana pengasuh tidak dapat menjaganya. Beliau sekeluarga pulang ke kampung minggu ini.
Ceria sungguh anakku hari ini. Al-maklum kali pertama naik bas dalam sejarah hidupnya dan kali pertama aku membawanya pergi lawatan. Lihatlah aksinya dalam gambar-gambar di atas. Pelbagai jenis pameran kami lihat. Sampai di booth jualan kompang, anakku terus mengambil sebuah kompang lalu di tepuk-tepuk. Diusung kompang tu ke sana ke mari. Aku yang memang dah lama nak belikan kompang untuknya, terus membelikan sebuah kompang untuk Rifaie. Keluarga pengasuh anakku ini adalah keluarga kompang. Tiap-tiap malam bunyi mereka berlatih kompang kedengaran dari rumahku.

Tuesday, February 1, 2011

Keputusan STAM SAMTS Hisamudin Klang




Tahniah dan syabas kepada 2 pelajar tebaik STAM sekolah yang mendapat pangkat Mumtaz dengan kesemua subjek adalah mumtaz... Rabiatul Adawiah bt Ahmad dan Abdullah Muadz bin Norazam. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat...



Monday, January 31, 2011

Wednesday, January 26, 2011

Keputusan STAM akan keluar pada 31 Januari 2011

Utusan Malaysia 25 Januari 2011 menyatakan bahawa keputusan STAM 2010 akan dikeluarkan pada 31 Januari ini. Berbanding tahun lepas, keputusan dikeluarkan pada 11 Mac 2010. Pelajar boleh mengambil keputusan di sekolah mereka selepas jam 10 pagi.

Pada tahun 2010 seramai 8166 calon telah menduduki peperiksaan ini di 100 pusat peperiksaan di seluruh negara. Berikut adalah bilangan calon mengikut tempat peperiksaan :

5113 - Calon Sekolah Agama Negeri
1010 - Calon Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
1009 - Calon Sekolah agama Rakyat
0964 - Calon Persendirian
0070 - Calon sekolah Menengah Swasta

Tuesday, December 28, 2010

Program Gerakan Menulis Perdana

Sebahagian pemenang bergambar kenangan bersama YB Dr Siti Mariah bt Mahmud
Pemenang Kategori 4 Maisarah bt Hj Termizi yang mendapat hadiah wang tunai RM 300
Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam program ini.


Juri hakim kategori menulis esei sedang bersidang mengenai pemarkahan

Awal pagi lagi, aku sudah bangun. Kira-kira jam 7 pagi, aku menghantar anakku ke rumah pengasuh. Sejak cuti sekolah, inilah kali pertama aku menghantar anakku seawal jam 7 pagi. Selalunya jam 8 lebih baru aku hantar. Walaupun cuti, aku kerap menghantar Rifaie kepada pengasuh kerana aku perlu menyiapkan 90 pasang baju tadika Ummi Bestari di Johan Setia yang ditempah oleh kawan rapatku iaitu kak Rosnah Abdul Wahab. Saya mula mengambil tempahan baju darinya sejak tahun kedua penubuhan tadika tersebut. Sehingga kini rasanya dah 5 tahun aku menjahit baju-baju tadika tersebut.


Selepas menghantar Rifaie, aku mengambil Sarizah dan Ainur Rahmah. Kami perlu sampai ke Giant Putra Height jam 8 pagi kerana kami terlibat dalam program Gerakan Menulis Perdana anjuran kerajaan Negeri Selangor. Kami perlu membantu persiapan tempat kerana majlis akan bermula jam 9 pagi. Kami telah dijemput untuk menjadi juri esei kategori 2 (10 - 12 tahun ), kategori 3 ( 13 - 15 tahun ) dan kategori 4 ( 16 - 18 tahun ). Kategori 1 ( 7 - 9 tahun )pula diadili oleh Puan Hariani.

Ramai sungguh ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan tersebut. Lebih 100 orang peserta yang menyertai semua pertandingan termasuk mewarna.

Majlis penyampaian dan penutup telah disampaikan dan dirasmikan oleh YB Dr siti Mariah bt Mahmud. Majlis berakhir pada jam 1 tengah hari. Kami sempat membeli barang di Giant sebelum pulang ke rumah.