Utusan Malaysia 25 Januari 2011 menyatakan bahawa keputusan STAM 2010 akan dikeluarkan pada 31 Januari ini. Berbanding tahun lepas, keputusan dikeluarkan pada 11 Mac 2010. Pelajar boleh mengambil keputusan di sekolah mereka selepas jam 10 pagi.
Pada tahun 2010 seramai 8166 calon telah menduduki peperiksaan ini di 100 pusat peperiksaan di seluruh negara. Berikut adalah bilangan calon mengikut tempat peperiksaan :
5113 - Calon Sekolah Agama Negeri
1010 - Calon Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
1009 - Calon Sekolah agama Rakyat
0964 - Calon Persendirian
0070 - Calon sekolah Menengah Swasta
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, December 28, 2010
Program Gerakan Menulis Perdana
Sebahagian pemenang bergambar kenangan bersama YB Dr Siti Mariah bt Mahmud
Pemenang Kategori 4 Maisarah bt Hj Termizi yang mendapat hadiah wang tunai RM 300
Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam program ini.
Juri hakim kategori menulis esei sedang bersidang mengenai pemarkahanAwal pagi lagi, aku sudah bangun. Kira-kira jam 7 pagi, aku menghantar anakku ke rumah pengasuh. Sejak cuti sekolah, inilah kali pertama aku menghantar anakku seawal jam 7 pagi. Selalunya jam 8 lebih baru aku hantar. Walaupun cuti, aku kerap menghantar Rifaie kepada pengasuh kerana aku perlu menyiapkan 90 pasang baju tadika Ummi Bestari di Johan Setia yang ditempah oleh kawan rapatku iaitu kak Rosnah Abdul Wahab. Saya mula mengambil tempahan baju darinya sejak tahun kedua penubuhan tadika tersebut. Sehingga kini rasanya dah 5 tahun aku menjahit baju-baju tadika tersebut.
Selepas menghantar Rifaie, aku mengambil Sarizah dan Ainur Rahmah. Kami perlu sampai ke Giant Putra Height jam 8 pagi kerana kami terlibat dalam program Gerakan Menulis Perdana anjuran kerajaan Negeri Selangor. Kami perlu membantu persiapan tempat kerana majlis akan bermula jam 9 pagi. Kami telah dijemput untuk menjadi juri esei kategori 2 (10 - 12 tahun ), kategori 3 ( 13 - 15 tahun ) dan kategori 4 ( 16 - 18 tahun ). Kategori 1 ( 7 - 9 tahun )pula diadili oleh Puan Hariani.
Ramai sungguh ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan tersebut. Lebih 100 orang peserta yang menyertai semua pertandingan termasuk mewarna.
Majlis penyampaian dan penutup telah disampaikan dan dirasmikan oleh YB Dr siti Mariah bt Mahmud. Majlis berakhir pada jam 1 tengah hari. Kami sempat membeli barang di Giant sebelum pulang ke rumah.
Monday, November 29, 2010
Khat Ayat Quran Dari Benang Emas

Khat ini di buat di Syria. Benang emas dijahit di atas kain baldu. Saya menjual kain sahaja tanpa frame untuk memudahkan pengeposan.
Khat di atas ni ada 3 saiz dan 3 harga.
Saiz terkecil 6 X 18. Harganya Rm 7 sehelai.
Ada 4 jenis ayat iaitu Assalamualaikum..., Bismillah...., Kalimah Shahadah dan La Ilaha Illallah.
Saiz 11 X 14. Harganya Rm 7 sehelai.
Ada 4 jenis iaitu Ayat Kursi, Ayat 1000 Dinar, Surah Fatihah dan Laqad Jaakum.
Saiz 9 X 12. Harganya Rm 12.50 sehelai. Hanya ada kalimah Allah dan Muhammad sahaja. Ia ada 2 warna iaitu emas sepenuhnya dan satu lagi coraknya hijau.
Yang ini saiznya 18 X 28. Harganya Rm 17.50 sehelaiIa ada 5 jenis iaitu Ayat Kursi. Ayat 1000 Dinar, Laqad Jaakum, Surah Fatihah dan Asmaul Husna
Ayat-ayat ini bersaiz 18 X 33. Harganya Rm 35 sehelaiIa ada 4 ayat iaitu Ayat Kursi, Ayat 1000 Dinar, 4 Qul dan 3 Ayat ( 1000 Dinar, Ayat Kursi dan Laqad Jaakum ).
2 yang di bawah sebalah kiri tu bersaiz 20 X 24. Harganya Rm 35 sehelai. Ia ada 2 jenis sahaja iaitu Ayat Kursi dan Ayat 1000 Dinar.
Kepada yang berminat boleh bank ini wang ke akaun BIMB 1201 0020 4356 89. Atas nama Zubaidah bt Mokhtar dan Siti Kholijah Mohd Hashim sebagai nama kedua. Selepas bank in sila sms nama, alamat dan barang yang dikehendaki.
Tuesday, October 19, 2010
Peperiksaan SMA dan STAM
Peperiksaan STAM berjalan mulai 18 Oktober hingga 27 Oktober 2010.
Hari Isnin 18 Oktober 2010 Hadith dan Mustolah kertas 2, Fikh Kertas 1 dan Fikh kertas 2.
Hari Selasa 19 Oktober 2010 Tauhid dan Mantiq kertas 2 dan kertas 1 serta Balaghah kertas 2.
Hari Rabu 20 Oktober 2010 Tafsir dan Ulum kertas 2 dan kertas 1 serta Adab dan Nusus kertas 2.
Hari Selasa 26 Oktober 2010 Nahu Sorof kertas 2 dan kertas 1 serta Insya' Mutolaah kertas 2.
Hari Rabu 27 Oktober 2010 Arudg Qafiah kertas 2 dan 1 serta Hifzu Qur'an dan Tajuid.
Manakala peperiksaan SMA berjalan pada 18 hingga 21 Oktober 2010.
Hari Isnin 18 Oktober 2010 subjek Bahasa Arab 1.
Hari Selasa 19 Oktober 2010 subjek Bahasa Arab 2.
Hari Rabu 20 Oktober 2010 subjek Fekah Tauhid.
Hari Khamis 21 Oktober 2010 subjek Tafsir Hadith.
Kepada semua anak murid Ustazah, semoga kalian cemerlang STAM terutamanya subjek Ustazah iaitu Fikh STAM.
Hari Isnin 18 Oktober 2010 Hadith dan Mustolah kertas 2, Fikh Kertas 1 dan Fikh kertas 2.
Hari Selasa 19 Oktober 2010 Tauhid dan Mantiq kertas 2 dan kertas 1 serta Balaghah kertas 2.
Hari Rabu 20 Oktober 2010 Tafsir dan Ulum kertas 2 dan kertas 1 serta Adab dan Nusus kertas 2.
Hari Selasa 26 Oktober 2010 Nahu Sorof kertas 2 dan kertas 1 serta Insya' Mutolaah kertas 2.
Hari Rabu 27 Oktober 2010 Arudg Qafiah kertas 2 dan 1 serta Hifzu Qur'an dan Tajuid.
Manakala peperiksaan SMA berjalan pada 18 hingga 21 Oktober 2010.
Hari Isnin 18 Oktober 2010 subjek Bahasa Arab 1.
Hari Selasa 19 Oktober 2010 subjek Bahasa Arab 2.
Hari Rabu 20 Oktober 2010 subjek Fekah Tauhid.
Hari Khamis 21 Oktober 2010 subjek Tafsir Hadith.
Kepada semua anak murid Ustazah, semoga kalian cemerlang STAM terutamanya subjek Ustazah iaitu Fikh STAM.
Sunday, October 3, 2010
Program Ladap SAMTSH

Program Latihan Dalam Perkhidmatan ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2010 bertempat di Hotel Quality Shah Alam. Program ini telah mengumpulkan kira-kira 100 orang guru dari 3 buah sekolah SABK iaitu SAMT Sultan Hisamuddin, SAMT Tengku Ampuan Rahimah Banting dan SAMIR. Ia juga menerima beberapa orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah, yang menjadi pasangan kepada guru-guru SAMTSH.
Meskipun diadakan pada bulan Syawal, iaitu bulan untuk semua umat Islam berziarah ke rumah kawan-kawan dan sahabat handai, namun guru-guru ini tetap sanggup untuk hadir menimba ilmu dan pengalaman demi sebuah perjuangan yang panjang. Iaitu mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.
Wednesday, September 29, 2010
Demam Peperiksaan Bermula

Sebahagian Pelajar Putera STAM 2010
Sebahagian Pelajar Puteri STAM 2010Musim peperiksaan menjelang lagi. Minggu depan peperiksaan PMR akan bermula. Diikuti peperiksaan SMA dan STAM 2 minggu kemudian. Selaku guru STAM, sudah pasti aku ingin yang terbaik untuk anak didikku. Kakau boleh, aku mahu keputusan tahun ini lebih baik dari yang lepas atau paling tidak pun, setara.
Tahun lepas hanya 48 orang calon yang menduduki STAM. Tahun ini ada 70 orang. Pelbagai gaya dan feel dapat diperhatikan daripada semua calon. Apapun, harapan tetap tersemat di hati.... antum semua mampu jika bersungguh-sungguhb daripada sekarang. Untuk Rasanah, Tengku Sumaiyah, Rabiatul Adawiah dan Abdullah Muaz... Kalian adalah antara bintang yang bakal menyinari SAMTSH...
Monday, June 21, 2010
Majlis Perkahwinan 2 orang adikku
Seawal cuti sekolah, adik-adikku Kholimaton, Ruminah dan Ismawi datang ke rumahku menumpang tidur. Esok, Sabtu 5 Jun mereka akan bertolak ke Johor bersama keluarga masing-masing untuk ikut mengiring adik sebapa kami dalam majlis akad nikahnya. Teringin juga aku nak pergi, tapi aku ada 3 majlis yang perlu ku ikuti pada hari sabtu dan Ahad tu. Lagipun anakku terlalu kecil untuk mengikuti perjalanan yang memenatkan seperti itu.
Jumaat 11 Jun pula adikku Ismail akan bernikah di Tanjung Karang. Hari Sabtu kenduri di rumah pengantin perempuan, manakala hari Ahad pula kenduri di rumah pusaka kami.
Minggu akhir, pada 19 jun 2010 pula, adik sebapaku mengadakan majlis kendurinya. Rumah mak keduaku ini hanya terletak di sebelah rumah kami. Hanya sepelaung sahaja jaraknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)