Thursday, November 15, 2012

HARI KELUARGA KALI KEDUA

Hari Keluarga Khatimah untuk kali kedua telah diadakan pada 5 dan 6 Jun 2012 di Glory Beach Resort di Port Dickson. Seramai 45 orang dari 70 keseluruhan ( anak, cucu dan cicit Khatimah ) telah dapat menghadirkan diri pada program tahunan ini.

Perjalanan dari rumah bermula dari pagi. Ada yang bertolak dari Sabak Bernam dan ada yang dari Klang. Sampai di Glory pada jam 2.30 petang. Petang itu acara permainan diadakan di bawah bangunan bersebelahan pantai. Antara acara yang diadakan ialah menyambung straw dan patung bergerak untuk kanak-kanak. Manakala untuk pasangan suami isteri pula antara acaranya ialah mencari pasangan dengan  mata yang ditutup.

Penat bermain, kami semua mandi pula di kolam renang. Anak-anak paling seronok dapat mandi dan berenang sepuas-puasnya. Acara penyampaian hadiah diadakan pada waktu malam. Pengisian tazkirah pula dibuat selepas solat berjemaah secara jamak qosor.
Keseronokan mandi disambung semula pada esoknya. Kali ini hampir semua peserta ikut mandi bersama anak-anak. Pelbagai gaya dan keletah dapat dilihat sebagai tanda keceriaan semua peserta.


Puas mandi manda, kami ambil pulak gambar beramai-ramai di pantai.

Gambar beramai-ramai anak, cucu dan cicit arwah Khatimah.
Cicit-cicit arwah Siti Khatimah.
Cucu-cucu arwah Siti Khatimah. 17 daripada 27 jumlah semuanya.
Daripada 5 orang anak siti Khatimah, tinggal 3 sahaja iaitu Siti Sufiah ( tudung merah ), Tamami ( baju kelabu ) dan Siti Zubadah ( tudung coklat ) bersama pasangan masing-masing.

ACAI BERRY 100% PURE.... MURAH-MURAH

Jualan Penghabisan Stok...
Acai Berry 100% original

Harga sebotol RM 40
Harga 2 botol - 4 botol = sebotol RM 35
Harga 5 botol keatas  = sebotol RM 30
Semua harga termasuk pengeposan.
Stok sangat terhad. Nak habiskan stok sahaja.

Hubungi saya di 012-3949348 @ whatsapp 017-6581387