Tuesday, October 18, 2011

PERENCAH INNNI

Perencah Innni berwajah baru mulai September 2013

Harga terkini RM 6.00 sepeket, 200 gram.
Harga pos RM 6 untuk pembelian sepeket - 4 peket
dan RM 9 untuk pembelian 5 peket - 8 peket
Perencah Inni adalah perencah lengkap, serbaguna dan segera. Ia boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis masakan sayur, mee, daging, ayam, masakan laut, nasi goreng dan lain-lain.

Saya masak apapun mesti saya campur dengan perencah Innni. Paling sedap masak ayam goreng, tempe goreng dan kentang goreng. Pendek kata, apa-apapun makanan goreng, pasti tak sempurna tanpa perencah Innni.

Perencah Innni dibuat oleh Umarial Enterprise. Umarial juga adalah kilang yang membuat perencah jenama "Hilal" dan "Ana". Pemilik kilang perencah ini adalah Encik zubir. Ia 100% hak milik orang Islam.

 Kepada yang berminat boleh hubungi saya di 012-3949348 @ whatsapp 017-6581387


Monday, October 17, 2011

Pengalaman Menggunakan Komputer

Aku mula belajar menggunakan komputer semasa aku di tahun tiga ketika berada di Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah iaitu pada tahun 1996. Kebetulan rakan sebilikku Zarina Kasbon membeli satu set peralatan komputer. Saya menumpang belajar menaip dan membuat kertas kerja.

Pada tahun 2001, selepas aku berkahwin dan tinggal di Bukit Naga, Shah Alam, aku diterima masuk ke Kursus Perguruan Lepasan Ijazah - Kursus Dalam Cuti di Maktab Perguruan Islam Bangi. Ketika itu, aku membeli satu set komputer meja untuk memudahkan aku membuat tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Suamiku mengeluarkan wang KWSPnya untuk membeli komputer ini.

Selepas aku balik dari Mesir pada Disember 1998, aku bekerja sebagai tukang jahit dan guru ganti. Kerja menjadi guru ganti yang terlalu lama menyebabkan aku agak bosan. Yelah, kita dah sayang pelajar kita, tiba-tiba kita kena berhenti apabila guru asal sudah habis tempoh bersalin atau balik dari mengerjakan haji. Begitulah aku, sehingga lebih 20 kali menjadi guru ganti. Sekolah yang pernah aku jadi guru ganti ialah Sek Keb Sri Sekinchan, SMK Hutan Melintang, Sek Menengah Agama Sungai Bertih, SMK Kg Jawa, SMK Jalan Kebun dan SRA Bukit Naga.

Permohonanku untuk menjadi guru ke JAIS dan Kementerian Pendidikan, nampaknya belum juga membuahkan hasil... Aku memutuskan untuk menjadi tukang jahit sahaja selepas mengganti guru BM yang bersalin di SAMT Sultan Hisamudin pada awal tahun 2006. Menjadi tukang jahit, bagus juga sebab kita adalah bos kepada diri kita sendiri. Walaupun hanya duduk dan goyang kaki, kerja ini kadang-kadang membosankan terutama apabila menjelang raya. Orang memaksa-maksa agar aku mengambil upah menjahit baju mereka. selalunya sepanjang Ramadhan aku kena siapkan kira-kira 130 pasang baju pelbagai saiz dan patern. Baju melayu, baju kurung, jubah, kurta dan pakaian kanak-kanak. Aku menjahit dengan dibantu oleh 2 orang adik sebapaku.

Pada Oktober 2007, aku ditawarkan mengajar di SAMT Hisamudin. Maka bermulalah kerjayaku sebagai guru sepenuhnya. Aku masih lagi menggunakan komputer yang aku beli pada tahun 2001. Ketika itu, guru-guru sudah mula memiliki komputer bimbit. Sebagai guru, banyak kerja yang perlu aku lakukan di rumah atau di sekolah menggunakan komputer. Terutamanya untuk membuat soalan peperiksaan.

Pada Januari 2009, aku membeli sebuah laptop jenama Acer, model Aspire 4730z dengan harga RM 1900. Aku juga membeli printer yang baru jenama Brother berharga RM 250. Hal ini kerana, printer terdahulu agak lembab dan mahal cattrigenya. Sekotak dakwat berharga RM 115. Sedangkan sebelum tu aku membelinya dengan harga RM 70. Memikirkan aku nak pakai untuk jangka masa lama dengan penjimatan kos dakwat, tulah aku beli yang baru dengan mengubahsuai dakwat ( bukan aku buat, tapi penjual komputer tulah) agar boleh diisi sendiri.
Aku juga membeli CPU dan printer untuk kegunaan pelajar asrama pada tahun 2010. Barang yang lain semuanya kuambil dari komputer lamaku kerana ia sudah tidak digunakan lagi. Aku letakkan set komputer ini di bilik warden aspuri. Pada akhir tahun lalu, apabila dakwat sudah habis, aku meminta pelajar menambah datwat hitam. Sedih dan malang sungguh, rupanya pelajar tersebut tak reti, tapi bercakap macam pandai.

Dia telah memasukkan dakwat hitam ke dalam cattrige berwarna. Akibatnya, semua cattrige terpaksa dibuang dan aku terpaksa membeli cattrige yang baru dengan harga RM 130. Ketika membeli cattrige itu, aku minta penjual tu buat ubah suai dakwat yang diluar ( seperti dalam gambar ). Baru-baru ini, pelajar mendakwa wayar print tercabut dan mereka sudah pun memasangnya semula.

Tidak lama kemudian, printer tersebut rosak. Aku hantar ke kedai. Malang sekali lagi, rupa-rupanya pelajar pasang wayar dakwat kuning ke cattrige hitam dan yang lain-lain pun salah juga. Akibatnya, sekali lagi cattrige terpaksa ditukar dengan kos RM 130 juga... Aduhai anak muridku, janganlah suka memandai-mandai jika antunna ti mengerti.

Saturday, October 15, 2011

STOKIN WANITA JENAMA SANDY

Sekarang, saya sudah tidak mempunyai stok stokin Sham lagi kerana ia sudah tiada keluaran akibat pergolakan yang berlaku di Syria. Hanya ada  stokin Sham buatan Turki, itu pun sukar sangat dapat bekalan dan kualitinya pun kurang bagus berbanding jenama Sham buatan Syria.

Oleh kerana itu, saya beralih menjual stokin jenama Sandy, buatan Mesir.Warna yang ada ialah hitam, coklat dan kelabu.  Harganya adalah seperti berikut :

1 pasang RM 7
3 pasang RM 20
6 pasang RM 36
Kos pos 1 - 6 pasang adalah RM 6

Sedozen ( 12 pasang ) RM  80 termasuk pengeposan. Setiap dozen berikutnya juga berharga RM 80.


Setokin panjang jenama Sham untuk muslimah.
Berkualiti tinggi, diimport dari Syria, panjang hingga ke lutut, sesuai untuk semua saiz kaki.
Untuk makluman semua, stokin Sham " Made In Syria " sukar diperoleh kerana negara Syria sedang bergolak. Stokin yang ada sekarang adalah stokin Sham " Made In Turkey ".

Harga ( termasuk kos pengeposan )
Sepasang RM 6.00
3 pasang RM 15.00.
Sedozen RM 55.00.
3 dozen RM 160.00
Terdapat warna hitam, coklat cair, coklat gelap dan putih.

Untuk pembelian sila hubungi 012-3949348 @ whatsapp 017-6581387

Friday, October 14, 2011

KURSUS SAMBIL REHLAH


Berat rasanya saya mahu pergi kursus kali ini kerana aku terpaksa meninggalkan anakku Ahmad Rifaie yang berusia 22 bulan . 4 hari 3 malam terasa amat lama. Namun aku pergi juga akhirnya. Aku menginap di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Turut bersamaku adalah 6 orang sahabat yang lain seperti dalam gambar di atas. Mereka ialah Norhayati, Tumisah, Masrauzah, Azura, Norhazleen dan Sotnizan.

Menarik juga hotel ni sebab ada kolam renang yang cantik. Geram rasanya kerana aku tak dapat nak berenang kat sini. Tempat terbukalah katakan. Kalau tertutup, hari-hari aku yang berenang kat sini.

Cuma yang tak menariknya ialah susah nak dapat line internet.Walaupun signal wifi adalah excellent, namun tak dapat juga aku membuka internet. Aku pergi ke ruang legar kerana dikatakan disana taliannya elok. Pun tak dapat juga. Bosan berkurung dalam bilik. Tidur jelah jawapannya. Cumanya, entah macam mana, petang hari kedua baru dapat buka internet. Itupun, petang dan malam tu je. Esoknya dah tak dapat.

Pada petang hari ketiga, aku bersiar-siar kat pantai Bagan Lalang. Sambil bersiar-siar sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar untuk kenanganku.
Selepas bersiar-siar di pantai, kami pergi membeli kerepek. Saya ingatkan mereka nak beli kerepek jenama Rizal kat Bukit Bangkong. Saya pernah makan kerepek situ. Walaupun dah setahun habis tempoh, rasanya masih belum berubah menjadi tengik. Rupanya mereka pergi ke kilang kerepek Azenor.... Beli jugaklah kerepek kat situ. Rasanya dan kerangupannya memang tidak boleh menandingi kerepek buatan Kilang RJ Sepang.


Kami selesai berkursus pada hari keempat. Aku balik ke Klang dengan menumpang kereta Masrauzah hinnga ke Klang.Suamiku mengambilku di Klang. Akhirnya aku selamat berjumpa buah hatiku.....



BEST GOAT - SERBUK SUSU KAMBING ASLI

Susu Kambing telah diketahui memberikan kebaikan kesihatan. Ia mengandungi pelbagai khasiat yang penting untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik seperti gastrik, ulser perut, penyakit kuning, lelah, susah tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain, buah pinggang dan lain-lain.

Susu kambing juga menguatkan sistem imunisasi paru-paru, anti -athritis, menyeimbangkan gula dalam darah dan meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan.
Best GOAT susu kambing asli ini dijual pada harga RM 25.00 sahaja ( Harga ini adalah dengan diskaun RM 10.00 kerana harga jualan asal RM 35.00) tambah RM 5 untuk bayaran Pos Laju.

Harga 3 bungkus termasuk pos ialah RM 80.00
Setiap bungkus mengandungi 15 peket dan setiap peket beratnya 21 gram.

Kepada yang berminat untuk membeli sila bank ini ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad
1201 0020 4356 89 atas nama Siti Kholijah Hj Mohd Hashim. Kemudian sms maklumat pembayaran ke no 012-3949348

Thursday, October 13, 2011

TUTUP AURATMU SAYANG.... kerana aurat saya maruah saya.


Alasan paling popular bagi mereka yang mendedahkan aurat

1) Semua yang menutup aurat, pastikah masuk syurga?
- Apa yang pasti, jika dedah aurat, pasti masuk ke neraka.

2) Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
- Dah lalu lalang depan mata, mau atau tak kena tengok jugak. Boleh ke kita jamin semua lelaki ajnabi punyai hati yang murni dan iman yang kuat untuk lawan godaan syaitan.

3) Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tak, tetap berdosa walau pun hanya tayang sehelai rambut.

4) Walau pun kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
- Kita yakinkah solat dan puasa kita boleh jamin kita masuk ke syurga.

5) Suka hati kamilah, nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Anda sebenarnya menyusahkan kehidupan ayah, abang, adik dan suami, juga orang lain dengan mengheret mereka masuk ke neraka kerana mereka tidak menegur anda dan gagal mendidik anda.

6) Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan tuhan.
- Kat dunia beranilah cakap macam tu. Kat akhirat besok macam mana. Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7) Kami pakai macam ni ikut arahan pengarah/ bos/ suami kami untuk disesuaikan dengan majlis dan skrip filem.
- Sanggup patuh arahan manusia tapi tak mahu patuh Pencipta manusia.

8) Bukan kami tak mahu tutup, tapi belum sampai seru.
- Nak seru macam mana lagi. Teguran orang tu maknanya dah sampai serulah. Ke.. nak tunggu seruan dari malaikat maut. Masa tu dah tak sempat taubat dah.

9) Takkan nak buat perubahan drastik. Slow-slow lah.
- Kalau gitu, cakaplah kat malaikat Izrail, tunggu kejap. Lepaklah dulu. Jangan cabut dulu nyawaku.

10) Tutup aurat tu bagus, tapi kami tak mau hipokrit kerana tak ikhlas melakukannya.
- Kalau gitu, anda memang hipokrit. Ikhlas atau tidak tu cerita lain, yang penting tutup aurat tu WAJIB hukumnya.