Tuesday, December 28, 2010

Program Gerakan Menulis Perdana

Sebahagian pemenang bergambar kenangan bersama YB Dr Siti Mariah bt Mahmud
Pemenang Kategori 4 Maisarah bt Hj Termizi yang mendapat hadiah wang tunai RM 300
Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam program ini.


Juri hakim kategori menulis esei sedang bersidang mengenai pemarkahan

Awal pagi lagi, aku sudah bangun. Kira-kira jam 7 pagi, aku menghantar anakku ke rumah pengasuh. Sejak cuti sekolah, inilah kali pertama aku menghantar anakku seawal jam 7 pagi. Selalunya jam 8 lebih baru aku hantar. Walaupun cuti, aku kerap menghantar Rifaie kepada pengasuh kerana aku perlu menyiapkan 90 pasang baju tadika Ummi Bestari di Johan Setia yang ditempah oleh kawan rapatku iaitu kak Rosnah Abdul Wahab. Saya mula mengambil tempahan baju darinya sejak tahun kedua penubuhan tadika tersebut. Sehingga kini rasanya dah 5 tahun aku menjahit baju-baju tadika tersebut.


Selepas menghantar Rifaie, aku mengambil Sarizah dan Ainur Rahmah. Kami perlu sampai ke Giant Putra Height jam 8 pagi kerana kami terlibat dalam program Gerakan Menulis Perdana anjuran kerajaan Negeri Selangor. Kami perlu membantu persiapan tempat kerana majlis akan bermula jam 9 pagi. Kami telah dijemput untuk menjadi juri esei kategori 2 (10 - 12 tahun ), kategori 3 ( 13 - 15 tahun ) dan kategori 4 ( 16 - 18 tahun ). Kategori 1 ( 7 - 9 tahun )pula diadili oleh Puan Hariani.

Ramai sungguh ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan tersebut. Lebih 100 orang peserta yang menyertai semua pertandingan termasuk mewarna.

Majlis penyampaian dan penutup telah disampaikan dan dirasmikan oleh YB Dr siti Mariah bt Mahmud. Majlis berakhir pada jam 1 tengah hari. Kami sempat membeli barang di Giant sebelum pulang ke rumah.